Pada 1Julai 2016 yang lalu Panitia Pendididkan Islam telah mengadakan majlis khatam al-Quran dan sambutan diambang Aidilfitri 2016. majlis khatam al-Quran dikelolakan oleh panitia pendidikan islam manakala majlis sambutan aidilfitri dikelolakan oleh penyelaras sambutan perayaan.
Musolla al-Hidayah
Rabu, 27 Julai 2016
Selasa, 25 Ogos 2015
SEJARAH MUSOLLA AL-HIDAYAH
Di
awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Genting, terdapat sebuah bangunan dua tingkat
yang telah dibina. Di bahagian atas bangunan tersebut telah dijadikan surau
sekolah.
Setelah beberapa tahun, surau berkenaan telah dijadikan
bilik mesyuarat dan bilik darjah. Namun, bangunan ini telah dirobohkan atas
sebab-sebab keselamatan.
Untuk menggantikan surau tersebut, sebuah musolla telah dibina dengan menggunakan sebahagian
daripada bahagian kantin sekolah. Bahagian kantin yang digunakan ialah tempat
menjamu selera guru dan ruang untuk RMT.
Musolla ini kekal hingga sekarang dan telah digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian sekolah. Dari semasa ke semasa, musolla ini telah dibuat penambahbaikan dan dipelbagaikan kemudahannya.
MUSOLLA AL-HIDAYAH KE PERINGKAT AKHIR
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Genting khususnya Panitia Pendidikan Islam kerana musolla al-Hidayah telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan Surau Imarah peringkat negeri Pulau Pinang 2015.
Syabas di atas penat lelah dan usaha gigih anda selama ini menaikkan nama musolla al-Hidayah ke tahap ini.
Senarai nama surau dan musolla yang layak ke peringkat akhir |
LAWATAN PENILAIAN PERTNDINGAN SURAU IMARAH
Pada tanggal 3 Julai 2015 dua orang panel penilai daripada PPD Baratdaya iaitu Ust. Ahmad Nasri bin Abd. Rashid dan Ust. Ahmad Majdi bin Yusof telah membuat lawatan ke musolla al-Hidayah SK Genting.
Penilaian berjalan lancar dan panel penilai sangat berpuas hati dengan penampilan baru musolla al-Hidayah dan mendapat markah yang tinggi dalam kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah pertandingan surau imarah ini.
Setelah melalui beberapa tapisan, akhirnya musolla al-Hidayah telah berjaya keperingkat akhir pertandingan Surau Imarah mewakili zon Baratdaya untuk berentap dengan zon-zon yang lain di peringkat negeri Pulau Pinang.
Sekalung tahniah buat warga SK Genting khususnya panitia Agama Islam atas kejayaan yang sangat bermakna ini.
Selasa, 5 Mei 2015
PENGENALAN
Musolla al-Hidayah merupakan sebuah tranformasi dan renovasi daripada sebuah surau sekolah yang lama dan lesu kepada musolla yang lebih ceria dan kondusif. Hasil cetusan idea daripada Panitia Pendidikan Islam Sk Genting ini bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan aktiviti surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk solat bahkan sebagai pusat percambahan ilmu dan kesenian Islam.
Sehubungan itu, Musolla al-Hidayah SK Genting telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun
pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Musolla al-Hidayah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah,
Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti
keagamaan akan dilaksanakan di Musolla bagi memakmurkan serta
menghidupkan aktiviti di surau.
PROSES RENOVASI
VISI
Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia & AkhiratMISI
Merelisasikan Fungsi Surau Sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Akademik dan Kokurikulum.P/S: Terima Kasih kepada semua guru, murid dan ibubapa yang bertungkus lumus membantu dalam usaha menaiktaraf Musolla al-Hidayah semoga diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Langgan:
Catatan (Atom)