Logo

Logo
Musolla al-Hidayah

Selasa, 5 Mei 2015

PENGENALAN

Musolla al-Hidayah merupakan sebuah tranformasi dan renovasi daripada sebuah surau sekolah yang lama dan lesu kepada musolla yang lebih ceria dan kondusif. Hasil cetusan idea daripada Panitia Pendidikan Islam Sk Genting ini bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan aktiviti surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk solat bahkan sebagai pusat percambahan ilmu dan kesenian Islam.

Sehubungan itu, Musolla al-Hidayah SK Genting telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Musolla al-Hidayah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan akan dilaksanakan di Musolla bagi memakmurkan serta menghidupkan aktiviti di surau.

VISI

Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia & Akhirat

MISI

Merelisasikan Fungsi Surau Sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Akademik dan Kokurikulum.

 PROSES RENOVASI
 
 
































P/S: Terima Kasih kepada semua guru, murid dan ibubapa yang bertungkus lumus membantu dalam usaha menaiktaraf Musolla al-Hidayah semoga diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.