Logo

Logo
Musolla al-Hidayah

Selasa, 25 Ogos 2015

SEJARAH MUSOLLA AL-HIDAYAH

Di awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Genting, terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang telah dibina. Di bahagian atas bangunan tersebut telah dijadikan surau sekolah.        

Setelah beberapa tahun, surau berkenaan telah dijadikan bilik mesyuarat dan bilik darjah. Namun, bangunan ini telah dirobohkan atas sebab-sebab keselamatan.


Untuk menggantikan surau tersebut, sebuah musolla  telah dibina dengan menggunakan sebahagian daripada bahagian kantin sekolah. Bahagian kantin yang digunakan ialah tempat menjamu selera guru dan ruang untuk RMT.          

Musolla ini kekal hingga sekarang dan telah digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian sekolah. Dari semasa ke semasa, musolla ini telah dibuat penambahbaikan dan dipelbagaikan kemudahannya.



MUSOLLA AL-HIDAYAH KE PERINGKAT AKHIR

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Genting khususnya Panitia Pendidikan Islam kerana musolla al-Hidayah telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan Surau Imarah peringkat negeri Pulau Pinang 2015.

Syabas di atas penat lelah dan usaha gigih anda selama ini menaikkan nama musolla al-Hidayah ke tahap ini.


Senarai nama surau dan musolla yang layak ke peringkat akhir

LAWATAN PENILAIAN PERTNDINGAN SURAU IMARAH

Pada tanggal 3 Julai 2015 dua orang panel penilai daripada PPD Baratdaya iaitu Ust. Ahmad Nasri bin Abd. Rashid dan Ust. Ahmad Majdi bin Yusof telah membuat lawatan ke musolla al-Hidayah SK Genting.
 
Penilaian berjalan lancar dan panel penilai sangat berpuas hati dengan penampilan baru musolla al-Hidayah dan mendapat markah yang tinggi dalam kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah pertandingan surau imarah ini.
 
Setelah melalui beberapa tapisan, akhirnya musolla al-Hidayah telah berjaya keperingkat akhir pertandingan Surau Imarah mewakili zon Baratdaya untuk berentap dengan zon-zon yang lain di peringkat negeri Pulau Pinang.
 
Sekalung tahniah buat warga SK Genting khususnya panitia Agama Islam atas kejayaan yang sangat bermakna ini.